Meet Up ♥
Wednesday, 21 November 2012, ϟ 0 shout(s)
Hello assalamualaikum! *lambai tangan* Ya Allah lamanya tak update blog. Dah berhabuk yang teramat sangat! Maaf belog. Bukan lupakan awak , saya amat busy. (busy lah sangat) Lepas ni pun busy jugak ! busy dengan Form 5 lagi. Woo, wa dahh nak SPM deh next year. Macam tak percaya aje. Lepas ni, lagi lama lah saya tinggalkan awak wahai belog ku sayangg. redha okay?
Nampak saya tinggi kan? Jangan tertipu ! camera memang pandai main peranan dengan saya edit lagi.. Sebenarnya gua PENDEK ! sad nadiah is sad (menangis guling-guling).
Saya keluar pergi Midvalley dengan my angles pada 17/11/12 . Yeah, we are the Charlie Angles. (cehh charlie angles lah sangatkan?) . Saya nak pergi tengok wayang with my girls, hari tu hari yang sangat menyakitkan hati dah penat jugak ah. Terpaksa tunggu kekasih-kekasih aku ni sampai 2 jam. Movie pukul 5.45 , diorang pukul 6.30 baru sampai. Aku dah cakap datang awal. Tak mahu dengar jugak. Last-last sakit hati punya pasal , aku terus masuk wayang. Dia orang sampai baru aku keluar kejap bagi ticket.
Oh ya, saya pergi tengok cerita Istanbul Aku Datang. Saya tahu cerita ni dah lama and semua orang dah tengok lama dah kan.. but ada aku kesah ?!?! hahaha K. Gentle saya cakap air mata saya bergenang tengok cerita ni . Sangat Romantik. Tapi ada part yang Lisa Surihani kena maki dengan Tomok tu, punya muka saya merah gila, rasa terhina sangat sebagai seorang perempuan. Boleh dia nak maki sesuka hati. Macam nak baling popcorn je masa tu. (padahal takdak popcorn pun..)
Afiqah Hidayah Rahim ♥
Siti Munirah Mirza ♥
The Girls. From Left > Munirah a.k.a Mun , Me a.k.a Nadd and Afiqah a.k.a deqaa . Terima kasih kepada photographer of the day merangkap abang aku.
Lepas dah makan , jalan-jalan , tengok wayang dan kami berpisah around 10.15 malam. Chop chop ! tak habis lagi. Gua tak balik rumah lagi lepas tu, dia orang aje yang balik. Pukul 10.30 malam tu , saya tengok wayang lagi bersama abang-abang saya pula. Kita orang tengok cerita Pitch Perfect. Sumpah best ! Korang kena pergi tengok, tak rugi in fact korang akan rasa nak pergi tengok banyak kali tau. Cerita tu aku bagi 10/10 lah. Gelak sampai senak perut aku tau. Dah habis wayang around 12 lebih tu baru aku berangkat pulang ke rumah. Fuhh, memang penat yang teramat sangat!
Ok cukup. Setakat ini ajelah, aku dah penat nak membebel panjang dekat sini. Bye assalamualaikum *hugs and kisses*
p/s : I really had a great time with you girls. Thank you so much. I LOVE YOU . Muah ! xoxo
new past