Budak Comel dan Budak Gemok
Saturday, 28 April 2012, ϟ 0 shout(s)
Bila pagi buta, saya TERbangun awal. tak tahu nak buat apa. Update blog lah. hewhew. Nak cerita tak orang tentang khayalan masa depan aku sekali lagi. Cehh,bajet ade orang nak baca je. Puiihh. Tapi takpe, I don't care. Asalkan aku dapat menghilangkan boring aku sudah lah. hehe
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umurku sudah 29 tahun. Masih belum berumah tangga. Mama dan Ayah sudah risau aku masih belum berkahwin. Mereka bersama adik beradik ku yang lain sudah menjalankan operasi mencari 'SUAMI' buat ku. Aku hendak menolak. Mama dan Ayah berkesar juga mahu mencari calon suami untuk ku. Iye lah, nak harapkan aku yang cari ??? Sampai bila pun takde juga yang aku berkenan. Aku bukan tidak mahu mencari, aku sudah tawar hati. Aku tidak mahu disakiti lagi. Hati aku cukup terluka.
Dalam perjalanan ke KZ Holdings. Aku akan pergi temu duga disana. Alahai,kenapalah sesak sangat jalan raya ni. Aku dah lambat ni. Karang melepas lagi.
'kenapalah mama dan ayah ni nak sangat aku kahwin ?' aku bermonolog.
Alhamdulillah sampai juga setelah 15 minit aku memandu. "Bismillah" perkataan yang pertama terpancul dari mulutku. Aku berjalan dengan slownya. Takut jatuh tergolek pulak kan. kat bawah ni tak ramai orang pun. Staf mereka menyuruh aku naik ke tingkat 12. Fuuhh,tinggi siot office dia orang ni. Aku menekan punat lif dan masuk kedalamnya sambil memegang fail peribadi. Berdebar.
"Masuk"
Aku berdebar. Berpeluh dingin aku. Sejuk tanganku. Sambil menarik nafas , pintu aku kuak.
"bismillah" Aku berbisik perlahan.
"Sila duduk Cik Nadiah"
"Terima Kasih encik."
"Alahaii nad , macam tak kenal saya je ?"
"huh?" aku kenal dia ke ? rasanya tak..
"Best friend sendiri pun tak kenal. Saya lah, Khairul Zahiril."
"Khairul Zahiril? Saya memang ade kawan nama macam encik dulu. tapi dia tu badan be..saarrr."
"Eheemmm.." angkat kening kat aku.
"Errkk.. ya Allah, KZ ? awak ke ni ? Alahaii, minta maaf lah. dah lama tak jumpa. saya tak cam awak pun. sorry."
"Takpelah Nad. Tak kesah. memang awak tak akan cam saya pun. yelah,saya dah kurus sekarang. tengok lah badan saya ni." berdiri menunjukkan badanyan yang sudah hilang segala lemak2 dulu dan kini badannya sasa. Fuuhh,cairrr bohhh..
"awak makin handsome. dulu comel. sekarang dah handsome. Awak sihat ?Bila balik Malaysia ? Bukan ke dulu awak pindah ke Australia?"
"Alhamdulillah,sihat aje.. barulah dalam sebulan. saya balik Malaysia semula sebab company papa kat sini takde orang yang nak handle kan. Awak sihat? Tak berubah. Cantik macam dulu." senyum menggoda.
"woii! jangan lah senyum macam tu. cair dah aku ni." aku bermonolog.
"Jom keluar."
"Tapi saya datang nak temuduga ni macam mana ? tak dapat eh?"
"Eh,sape kate awak tak dapat.. awak memang dah dapat pun. dah jom keluar" menarik tangan ku keluar bilik.
Aku dan KZ breakfast bersama dan kami pergi ke Taman Titiwangsa. Meluangkan masa bersama.. Sudah lama tidak berjumpa dengan KZ. Rindu jugak. Dulu KZ selalu menjaga aku . Ramai juga jejaka di kampus yang sering menganggu aku. KZ lah orang yang sentiasa menghalang jejaka gatal yang ingin mendekati ku.
Sungguh aku terhutang budi dengannya. Sejak dia berpindah ke Australia. Aku tiada sape2. Dia lah kawan lelaki yang selalu ade untuk aku susah senang.
"KZ, kenapa awak tinggalkan saya dulu?" aku memulakan bicara.
"Ermm... Saya minta maaf Nadiah. Saya terpaksa,bukan sengaja nak tinggalkan awak. Kalau boleh saya nak hidup dengan awak selama-lamanya."
"Awak tahu tak, saya sunyi sangat mase kat kampus dulu. Lelaki2 kat kampus dah berani kacau saya balik sejak awak takde. Dia orang paksa saya keluar dengan dia orang lah, paksa jadi kekasih dia orang lah. Saya terseksa tahu. Saya rindukan awak." mula mengalirkan air mata.
"Jangan menangis macam ni sayangg. Saya tak suka tengok awak menangis.Pandang saya sayang"
"hurmmmm.."
"Tak terniat saya nak buat awak menderita . Awak tahu tak,sebenarnya saya suka awak. sayangkan awak. Saya nak hidup dengan awak . Sejak mula mengenali awak saya dah mula jatuh cinta dengan awak."
"Kenapa awak tak cakap dulu?"
"Saya malu nak bagitahu awak. Saya takut awak tolak cinta saya. Yelah, dulukan saya gemok. Tak handsome. Manalah perempuan nak kan saya. Semasa berada di Australia , saya sudah niat nak kuruskan badan saya. Balik ke Malaysia saya akan melamar awak."
"Siapa kata perempuan tak nak ? Saya tak kisah pun. Asalkan awak ikhlas sayang saya. Kalau awak tak kurus pun saya sudi terima awak dalam hidup saya. Saya akan terima awak seadanya. Dah sebulan awak balik Malaysia. Takde pun awak datang jumpa saya. Yelah,awak kan dah handsome. Semua perempuan nak kat awak. Siapalah saya ni. Mana cantik nya. Takde orang nak pun.."
"Jangan cakap macam tu, saya bukan tak nak jumpa awak. Tapi saya tak nak rampas hak orang lain."
"huh? apa awak cakap ni? hak orang lain ? Saya tak paham."
"3 Minggu lepas saya ade nampak awak dengan seorang lelaki. Pergi Habib nak beli cincin kot. Saya agak hampa jugak mase tu. Saya terus lupakan niat saya nak meminang awak."
"Ouuhhh, hahahahhahaah. Apalah awak ni, itu kawan sepejabat saya dulu. Saya pergi Habib tu sebab nak tolong dia pilih cincin untuk bakal isteri dia. Dia nak propose kat girlfriend dia tu. Nak buat surprise lah."
"Lah, yeke ? Jadi saya ade peluanglah ni?" Muka penuh harapan.
"Mestilah ade." Muka bajet malu.
"Terima Kasih sayang. Sudi tak awak jadi isteri saya yang sah?"
"Sudi sangat2. Terima Kasih juga kerana sudi menerima saya sebagai bakal isteri awak."
5 bulan kemudian....................
Aku bersama KZ sudah sah menjadi suami isteri dan Aku juga disahkan mengandung 3 bulan. Alhamdulillah. Aku sangat bahagia bersama suami tercinta. KZ sentiasa memahami perasaan ku. Dia sentiasa sabar dengan perangai aku yang suke merajuk tak tentu pasal.
Ya Allah, terima kasih atas segalanya.
Terima Kasih kerana kurniakan aku seorang suami yang penyayang.
Terima Kasih kerana kurniakan aku seorang cahaya mata yang bakal dilahirkan. InsyaAllah.
Terima Kasih kerana membahagiakan hidup aku.
Ya Allah,
Aku mohon permudahkanlah hidup ku ini.
Aku mohon jadikanlah aku seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab.
Aku mohon pertolongan mu ya Allah.
Amin~
khayalan masa depanku.
new past