Gadis Rock dan Abang Handsome
Friday, 20 April 2012, ϟ 0 shout(s)



Bila pagi , bangun awal ponteng sekolah . tak tahu nak buat apa. bukak facebook ? bosan. tengok timeline bosan. bukak blog. upload gambar yang bajet innocent , bajet comel , bajet hot yang sebenarnya tak hot langsung. Update apa yang rasa dalam hati , kunun nak dapat simpati orang ramai. bajet orang bace je blog ntah pape ni kan. Terasa macam nak terjun dari KLCC pun ade. tinggi woo..

      -------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekarang umur aku sudah masuk 25 tahun, aku rasa betul betul besar dan dah matang. Aku dah banggakan mama and ayah. Alhamdulillah aku berjaya graduate dari UIA . sekarang aku juga sudah menjadi seorang Lawyer yang berjaya. Aku bersyukur dengan segala ketentuanNya. Sudah lama,aku tidak pulang ke rumah mama dan ayah. Rindu juga dekat mereka. Aku membuat keputusan untuk bercuti selama 1 minggu. Aku ingin balik ke kampung.

Dalam perjalanan pulang ke kampung, aku pasang radio siarang Fly FM. Lagu Bad Romance by Lady Gaga berkumandang di dalam kereta aku.

"Caught in a bad romance. Rara aaaa. roma roma mama. GAGA uuu lalala.."
aku menanyi. bajet suara sedap je. haha

Sampai di kampung, aku dapati terdapat banyak perubahan, kampung ku Muadzam Shah kini semakin maju. Sampai di rumah mama dan ayah. ouuh, sungguuh rindu akan rumah ini, di mana aku membesar dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibubapa ku.

"Assalamualaikum, mama ayah. kakak ni. kakak balik rumah ni mama."

"Waalaikumussalam, ya Allah, anak mama, dah lama tak balik rumah. masuk sayang."

"hewhew,mama sihat? ayah mana ?"

"Alhamdulillah,mama sihat. Ayah kamu tu macam tak tahu je. kat studio dia tulah,dok main guitar dia. Ni kamu balik rumah tak kerja ke ?"

"ouhh,minta maaf yeh mama. kakak busy sangat . ni kakak minta cuti sebab rindu kan mama and ayah lah. Mama, kakak jumpa ayah dulu yeh. nanti kita sambung lagi"

Aku berlalu dan pergi ke studio ayah kat belakang rumah tu. Aku masuk ke dalam dan dapati ayah sedang memetik guitarnya. Alahaii,comelnya ayah ni. dari dulu sampai sekarang tak penah nak lepaskan guitar dia tu.

"Ayah ! "

"Eh,kakak. bila balik ?"

aku salam ayah dan memeluknya. rindu sungguh aku akan ayah ku sorang ni. biase lah, daddy's little girl kan. hewhew. Borak borak dengan ayah. macam macam aku ceritakan tentang hidup ku di Kuala Lumpur itu.

tututttuututtu ! sudah 3 hari aku berada di rumah. Pukul 5.30 pagi esok aku akan berangkat ke Kuala Lumpur semula. Aku terpaksa pulang awal kerana ibu pejabat syarikat aku berkerja sudah memanggil aku datang ke sana kerana mereka ingin memperkenalkan anak bos yang baru balik dari UK a.k.a United Kingdom okay.. bukan Ulu Klang tau.

"Kakak pergi dulu mama ayah. mama dan ayah jaga diri elok elok yeh"

"baiklah nak,kamu tu jaga diri kat sana. mama dan ayah baik baik aje kat sini"

Aku bersalam dan terus berangkat ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan aku menangis. Rindu sungguh dengan ibubapa ku. Aku juga sakit hati kerana terpaksa balik awal.

"Nak sambut anak bos je. apehal pulak nak kena semua staff ade." aku bermonolog

Sampai di tempat kerja ku. Aku terus masuk ke dalam dewan. Semua staff berada disana. Aku dan Qasih rakan sekerja ku mengambil tempat duduk berdekatan dengan stage dewan tu. Nak tengok handsome ke tak anak bos. haiipp, gatal betul. haha

"Hari ini saya ingin memperkenalkan anak bos kita kepada kamu semua. Dipersilakan Encik Zaril Ikhwan." Encik Ahmad berkata.

"Assalamualaikum everybody. I guess you all already know my name as Encik Ahmad said just now. I'm Zaril Ikhwan. Its a pleasure for me to be here and meet you all today. I will be replacing my dad. I hope we can work together as a team"

"Cehhh, speaking ! cakap jelah melayu. kau dekat malaysia dah. tak perlu lah nak speaking bagai." aku bermonolog.

Aku teliti betul betul muka anak bos aku ni. Macam pernah tengok. Tapi di mana yeh ? hmmmmm. lama aku termenung. Aku terus bangun dah keluar dari dewan. Aku sangat terkejut. Wajah yang aku kenal. Aku pasti.

Sudah seminggu dia menjadi boss aku. Aku yang minta diberi waktu. Supaya aku dapat berfikir. Aku bingung. Semasa mula bekerja dulu,Encik Ahmad ade menceritakan tentang anak bos yang akan kembali ke malaysia. Kenapalah aku tak amik perhatian semasa itu. Aku pasti itu dia, senior di Universiti dulu.dia yang dulu pernah wujud di dalam hati aku ini.

Termenung aku dalam kereta. Ternyata wajahnya masih sama. Masih tidak berubah. Masih segak. Masih bergaya seperti dulu. Senyumannya.. Renungan matanya. Aduhhhhh... Gugur jantungku!

Aku tidak bersarapan pagi ini seperti biase. Aku sudah lambat .

Aku masuk kedalam dengan langkah yang penuh yakin. Aku sudah nampak boss dari jauh. Curi curi pandang. he he he . berkemeja ungu. Warna kegemaran ku. "Apehal lah baju dia sama dengan aku hari ini". Handsome jugak dia ni. Hati,tolonglah jangan jatuh cinta sekali lagi.

Aku memyiapkan kerja-kerja ku. Tiba tiba "Cik Nadiah... Boss panggil"


"Errkkkk,apehal lah mamat ni.Kacau orang nak buat kerja je."

Aku melangkah ke biliknya. Fuhyyooo,besar siot. besar daripada bilik tidur aku ni.

"Cik Nadiah, sila duduk"

aku duduk perlahan.

"Dah siapkan kerja?"

"Errr, dah!" aku tipu,, aiseeyy kan aku baru sampai, aku baru nak buat. kau pulak kacau.macam mana nak siap gila !

"Kalau macam tu baguslah. Jom teman saya breakfast"

Aku terkejut.

"Aiikkk, kalau kerja dekat sini memang kena teman anak boss makan yeh?" aku geram.

Dia ketawa

"Bukan macam tu. Saya nak makan dekat satu tempat dia. makanan dia sedap. Murah pulak tu."

"Encik Zaril, tak payah lah. saya dah kenyang." Aku tipu, padahal bakap segala laparnya. Tak sempat nak breakfast tadi.

"Tak baik tipu. Saya tahu awak tak breakfast lagi."

"Jom.." Dia terus menarik tangan ku. Tidak sempat untuk berkata apa. Semua staff pejabat melihat kami. Maluu sangat. hendak sahaja aku menarik tangan ku.

Menaiki kereta Mercedes nya. Mewah betul. Syarikat tu pun milik bapanya. Alahaii. Aku memulakan perbualan.

"Encik Zaril nak bawak saya pergi mana ni?"

"First,Tak payah nak ber encik-encik lah dengan saya. Panggil Zaril aje. Second, ade lah tempat rahsia. Dulu saya dengan .... emm, someone selalu makan kat sini. Breakfast, lunch and dinner semua kat sini"

dah ade someone special tu ,ajaklah dia. mangkuk betul mamat ni.

"Okay, dah sampai! Jom turun."

"Tempat ni!! ya Allah!" Aku terkejut .

"Kenapa dengan tempat ni? Ade pape tak kena ke ?"

Aku diam . Malas nak melayan kerenah dia. Aku terus turun dari kereta dan berjalan beriringan dengannya menuju ke warung tersebut.

"Cik Nadiah nak makan apa ?"

"Tak payahlah encik Zaril, saya teman je. Nanti saya makan sendiri"

"Kan saya dah cakap jangan ber encik encik dengan saya. Panggil Zaril je. Mana boleh macam tu, awak kena makan sekali dengan saya... Kak, Mee goreng dua . Jangan pedas sangat yeh. Cik Adik ni tak makan pedas. Teh Tarik pun dua"

Tak sangka dia masih ingat aku tidak makan pedas. Alahaiii.. cair sudaahh.. haha

But mamat ni degil betul. Aku gigit nanti. Nasib baik handsome, muka pun licin je. woi! jangan gatal . Aku cungkil jugak mata dia tu nanti. Tapi takpe lah, orang nak belanje kan. makan free wohh, sape tak nak. he he he.

"Cik Nadiah, ingat tak kita selalu makan sama sama kat sini dahulu?"

Aku diam. Masih layan mee goreng yang sama rasanya dan paling sedap di dunia. Orang di hadapan ku ini pun masih sama. Mungkin jiwanya yang sudah berubah. Entah.

"Terima Kasih Encik Zaril.. ohh,maaf . Lupa lah.. Terima kasih Zaril. Saya pergi dulu." Aku terus berlalu dan meninggalkan dia. tidak sanggup untuk menatap muka si dia lagi. Esok aku akan menghantar surat perletaka jawantan. Tidak sanggup untuk bekerja di satu bangunan dengannya.

"Nadiaahhh! tunggu, Abang hantarkan."

Aku meneruskan perjalanan ku. Tidak mahu menoleh lagi. Panggilan 'ABANG' itu sudah lama aku lupakan. Dia lah abang angkat aku semasa belajar dulu. Dia juga lelaki yang telah mencuri hati ku dan dia juga lah lelaki yang telah menolak cinta ku dahulu.

Terasa tangan ku direntap oleh seseorang. Aku berpaling dan dapati Zaril sedang merenung ku. Aku cuba menarik tangan ku , tetapi tidak berjaya. Sekali lagi aku cuba melepaskan diri , tiba tiba Zaril menarik ku ke dakapannya. Terasa hangat sangat. Dapat juga ku merasakan hembusan nafasnya.


Aku tundukkan muka ku. Zaril menarik wajah ku supaya dapat melihat mukanya. Sekali lagi dia merenung tepat ke dalam mata ku dan dia berkata...

"Abang sayangkan Nadiah. Sudah lama abang tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan segala isi hati abang. Abang minta maaf selama ini abang selalu sakitkan hati Nadiah. Dulu abang takut, abang takut tak dapat nak jage nadiah. Tetapi,sekarang abang dah berani. Sudi tak sayang jadi isteri abang? Jadi yang halal untuk abang ? Jadi yang terakhir untuk abang ?"



                        khayalan masa depanku.








new past